Lagi kapal terkandas di Terusan Suez


KAHERAH – Satu lagi kejadian kapal tersekat di Terusan Suez hampir berulang apabila kapal tangki minyak, M / T Rumford dilaporkan terdampar di bahagian sempit laluan itu, lapor RT News semalam.

M / T Rumford membuat pelayaran pendek dari laluan masuk Terusan Suez menuju ke utara selepas seminggu menunggu Ever Given dialihkan.

Penjejak kapal online bagaimanapun memaklumkan bahawa kapal tersebut sudah pun mula bergerak.

Laluan perdagangan maritim penting itu disekat selama kira-kira dua jam pada semalam kerana M / T Rumford dilaporkan mengalami masalah enjin ketika melintasi perairan sempit di Terusan Suez.

Sumber perdagangan memberitahu bahawa pihak berkuasa terusan telah menghantar kapal tunda Tim Hope dan Mosaed 3 untuk menolong kapal berkenaan.

Penguasa Terusan Suez (SCA) memberitahu bahawa masalah ini hanya berlaku sekitar 10 minit dan telah diselesaikan.

Platform dalam talian Vessel Finder menunjukkan M / T Rumford bergerak ke utara melalui terusan dan menghampiri hujung laluan sempit di mana Ever Given tersekat.

Data yang disediakan secara online menunjukkan bahawa kapal tangki minyak tidak bergerak selama hampir dua jam, antara 8.14 pagi hingga 9:59 pagi (waktu tempatan).

Aliran kapal melalui selat dapat dilihat berhenti dalam animasi yang diterbitkan oleh Tanker Trackers di Twitter. Agensi

Marwa terkejut dituduh punca insiden kapal Ever Given

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker