Ingatan mesra kepada pemimpin UMNO semua peringkat


Mesyuarat Pengurusan UMNO Malaysia yang dihadiri oleh semua AJK pada 7/4/21 meminta saya membuat ingatan kepada pimpinan UMNO tentang beberapa perkara.

Mohon dihenti membuat kenyataan kepada media termasuk dalam media sosial yang boleh mengeruhkan suasana politik semasa.

Kenyataan rasmi mengenai dasar parti hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung. Selain drpd tiga orang ini, kenyataan yang keluar hanyalah pandangan peribadi.

Pastikan pandangan peribadi kita itu tidak mengeruhkan suasana hubungan dalaman sesama UMNO dan hubungan sesama rakan parti politik yang Mesyuarat MKT telah bersetuju untuk mereka bersama.



Perbalahan sesama sendiri di khalayak awam yang mengundang kepada sebaran negatif media adalah tidak menguntungkan perjuangan kita.

Jangan pula kita sentiasa melayan asakan media yang ingin menghebah berita sensasi. Kita bukan bertanggungjawab kepada mereka. Kita berikan kerjasama dengan baik kepada mereka terutama untuk hebahkan aktiviti prihatin rakyat dan membela rakyat di kawasan masing-masing.

Fokus kita ialah untuk menghadapi PRU15 dan memenangi seberapa banyak kerusi yang bakal ditandingi. Fokus kita ialah untuk mengukuhkan UMNO, bersama BN dan memantapkan MN.

Mohon ingatan ini diambil perhatian dan tindakan. Terima kasih.
UMNO 75 Tahun, Salam Jubli Intan, Salam perjuangan.



Ahmad bin Maslan
Setiausaha Agung UMNO

Umno sedang dikhianati dari luar dan dalam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker