Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini



Sebaran :


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Mohd Faizal Jaafar berkata hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.

“Pembinaan fasa pertama itu dijadual siap pada Disember tahun ini. Pelaburan terbaharu di kawasan perindustrian ini sudah semestinya akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar.

“Malah, peluang pekerjaan juga dijangka meningkat dan menampung kekurangan kerja pada masa ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah antara PKNP dan WGC di sini, malam tadi.



Bagi majlis pemeteraian itu, Mohd Faizal mewakili PKNP manakala WGC diwakili CEO, Datuk Gianluca Ernesti.

Majlis itu turut disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

WGC juga bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Institut Automotif, Robotik dan Internet Pelbagai Benda (IoT) Malaysia (MARii) sebagai rakan teknologi pembangunan projek tersebut.



Pembuatan sarung tangan getah dan produk PPE itu menyasarkan pasaran ke Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

Selain itu, Mohd Faizal berkata PKNP turut komited membawa lebih banyak pelaburan ke Pahang bagi membolehkan negeri yang sebelum ini bergantung kepada industri pertanian dan perladangan, mampu berkembang sebagai salah satu negeri maju menerusi pertambahan pelaburan serta penggunaan teknologi.

“Sejak 1995, PKNP telah berfungsi sebagai agensi sehenti untuk memudah cara kepada pelabur membina kilang di kawasan perindustrian di negeri ini yang bukan sahaja bertumpu di Kuantan tetapi di daerah-daerah lain seperti Rompin dan Maran.



“Ini tidak hanya memberi manfaat kepada rakyat Pahang tetapi dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri seperti melalui kutipan cukai,” katanya.

Menurutnya, setakat Disember 2020, sebanyak 657 projek berjumlah RM62.73 bilion telah diluluskan di Pahang dengan RM50.40 bilion daripadanya melibatkan pelaburan luar.

Bagi tahun lepas, MITI telah meluluskan 30 projek di Pahang melibatkan pelaburan RM4.78 bilion yang dapat mewujudkan kira-kira 2,600 peluang pekerjaan. BERNAMA



AS akan rampas sarung tangan Top Glove


Sebaran :


Leave a Reply