6 tadika milik pengikut ajaran sesat Asmaul Husna dipantau


KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sedang memantau enam tadika di negeri itu kerana dikhuatiri mengadakan sesi pembelajaran bercanggah ajaran Islam.

Pengarahnya, Che Mohd Rahim Jusoh berkata, ini berikutan pihaknya menerima laporan mendakwa pemilik tadika, seorang wanita berusia 50-an, antara pengikut ajaran “Asmaul Husna Wan Maseri” yang diwartakan sebagai ajaran sesat di beberapa negeri.

“Ada guru yang mengajar di situ hadir ke pejabat JAHEAIK untuk membuat laporan sebaik ajaran itu diwartakan sesat dan meragukan.

“Guru itu mendakwa mereka dipaksa menghadiri sesi motivasi di markas ajaran tersebut di Pulau Mukhlisin, dekat Danau To’ Uban, Pasir Mas, dan jika gagal, mereka akan berdepan tindakan, termasuk dipecat,” katanya di pejabatnya di Balai Islam Lundang.



Februari lalu, pengasas ajaran itu, Wan Maseri Wan Mohd, yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tampil mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawakannya.

Wan Maseri juga secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keIslamannya.

Mengulas lanjut, Rahim berkata, sekalipun pengasas ajaran itu mengakui kesalahannya, selain kembali kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, jabatan itu mengambil maklum syor Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia agar pemantauan berterusan dibuat terhadap ajaran itu dan pengikutnya.

“Ajaran ini dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Membasmi Ajaran Sesat pada Disember 2020 dan bersetuju dibawa ke mesyuarat Jemaah Ulama Negeri Kelantan untuk difatwakan dalam masa terdekat.”



Ajaran itu mula dikesan di Kelantan pada awal September 2020, apabila JAHEAIK menerima laporan pengikut ajaran itu mengadakan majlis zikir meragukan di markas mereka di Pulau Mukhlisin.

“Antara ciri-ciri kesalahan ajaran itu adalah menghuraikan ajaran berkaitan agama mengikut akal tanpa guru, mendakwa ilmu ‘makrifat Asmaul Husna’ datang secara langsung daripada Allah, berqiamullail dengan berimankan Imam Mahdi dan memperkecilkan kemuliaan Nabi Muhammad.” FMT

Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker