Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif Dan Berbadan Sado

Bukan sekadar kekal  sado pada usia senja, bahkan  Ayub Said, 73,  turut memiliki kekuatan tenaga luar biasa kerana masih mampu mengangkat bebanan besi seberat 100 kilogram (kg).

Ia hasil latihan lat pulldownbench press dan mengangkat dumbbell seberat 50kg.

Ayub berkata, dia masih dapat  mengekalkan stamina seperti usia awal 30-an hasil ‘bersahabat’ dengan gimnasium selama 40 tahun sehingga kini.

“Kebiasaannya, saya meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan senaman di gimnasium, empat kali seminggu.

“Ia bagi  mengekalkan stamina dan kecergasan  badan selain mahu mengekalkan  badan sado,” katanya.

Menurutnya, dia yang bertugas sebagai jurulatih kecergasan secara sambilan di Batu Caves, Selangor memudahkannya melakukan rutin pelbagai senaman.

Katanya yang juga pesara tentera, ramai orang menemuinya tidak menyangka pada usia itu dia masih aktif di gimnasium dan  mengangkat bebanan.

“Namun, atas faktor usia, saya banyak mengurangkan aktiviti itu (mengangkat bebanan). Berbanding sebelum ini, ia aktiviti paling saya gemari.

“Satu kepuasan apabila dapat mengangkat besi.  Lebih berat maka ia lebih mencabar,” katanya.

Ayub yang melatih lebih 200 peserta kecergasan berkata, dia juga amat menitikberatkan pemakanan sihat dengan  mengurangkan  pengambilan karbohidrat, gula, garam dan makanan berminyak.

“Prinsip saya, jika mahu sihat wajib menjaga makan dan bersenam untuk kecergasan.

“Saya bersyukur kerana  melalui amalan ini, saya tidak pernah jatuh sakit, pergi ke klinik atau dimasukkan ke hospital sejak bersara lebih 30 tahun lalu,” katanya.

Menurut bapa dua anak ini, dia berjinak-jinak ke gimnasium sejak usia 20 tahun  kerana didorong  minat dan mahu menambah kekuatan diri.

“Saya dapat bimbingan awal daripada jurulatih bina badan kebangsaan, Aziz Ahmad hingga berjaya dan mencipta nama dalam sukan bina badan.

“Apabila menyertai pasukan tentera, badan sado ini memberi kelebihan menyertai banyak pertandingan bina badan.

“Pertama kali memasuki pertandingan  pada usia 30 tahun. Malah, saya dinobatkan juara tiga tahun berturut-turut bagi kategori bantamweight (bawah 60kg) pada 1980-an,” katanya kini dikurniakan seorang cucu.

Kata Ayub, ketika itu, regim pemakanan sihatnya sangat ketat apabila dia memakan 15 hingga 20 biji telur sehari  sebagai sumber protein untuk pembentukan otot.

“Kini, saya hanya makan tiga hingga lima biji telur, tiga kali seminggu.

“Menjadi jurulatih kecergasan sambilan memberikan kepuasan  kerana dapat  mengajar mereka yang mahu kekal cergas dan sihat.

“Tugas ini saya lakukan di beberapa gimnasium di Baru Caves, Selayang dan Wangsa Maju,” katanya.-HM

‘Nenek perkasa’ ini jadi trend baharu, orang muda bertubuh lemah sangat tercabar!

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker