Terlalu awal bagi PAS, PPBM untuk tolak penjajaran baharu selepas PRU15, kata MB Perak


GERIK: Masih terlalu awal untuk PAS dan PPBM menolak sebarang bentuk penjajaran politik baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Kata beliau, apa sahaja boleh berlaku dalam politik kerana ia bersifat dinamik.

“Suatu ketika, PAS berkelahi dengan Umno selama 60 tahun, tiba-tiba kita boleh buat Muafakat Nasional (MN). Baik dan elok pula duduk bersama.

“Bila sampai masanya nanti, ia akan merubah segala-galanya. Kalau orang tanya saya, saya jawab ikut skrip Tuhan sahaja. Itu lagi senang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program Mahabbah Jalinan Kasih di Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran di Kampung Ulu Kenderong, di sini hari ini.

Baru-baru ini, PAS dan PPBM mengumumkan mereka akan mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU15.

Tanpa menyebut siapa yang dimaksudkan, PAS dan PPBM juga menegaskan mereka menolak sebarang bentuk “penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya”.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua parti itu turut bersetuju menubuhkan mekanisme peringkat pusat bagi memutuskan pengagihan kerusi untuk pilihan raya. FMT

PAS dan Bersatu Perak tubuh jawatankuasa manifesto negeri tanpa UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker