“No Way! Cukup Sampai Di Sini Sayang” – Ahmad Said. UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN

MARANG: UMNO Terengganu meneruskan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada Bersatu mahupun Pas.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sekali gus menolak kerjasama di antara parti Bersatu dan Pas di negeri itu.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.
“Insya-Allah kita akan menang kembali. Kita kalah baru ni sebab empat, dah terang-terang kalah kerana calon kita.

“Kalah pula 4 undi, 55 undi, bukan besar 300 undi.

“No way, cukup sampai di sini sayang,” kata Ahmad.

Luahan bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Ahmad telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15.

Ahmad pada majlis perasmian UMNO Cawangan Padang Pak Wan, Parlimen Marang

“Saya terpaksa isytihar sebab apabila exco Pas Hanafiah (Mat) sebut di Kemaman dia akan pertahanan 22 daripada 30 kerusi, kemudian Menteri Besar pula sebut di Dungun Pas akan pertahan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

“Dah apa yang tinggal… maknanya tak ada pilihan, lawan semualah,” kata Ahmad.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah Datuk Rosol Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.

Manakala bagi kerusi DUN, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker