[VIDEO] Saya mahu lihat Anwar jadi PM- Afdlin Shauki, Altimet sertai PKR secara rasmi


Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR.

Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar di sebuah hotel di Ampang, di sini, malam ini.

Anwar kemudian menyerahkan kad keahlian parti itu kepada mereka.

Saya mahu lihat Anwar jadi PM-Afdlin

VIDEO DIBAWAH:-

Afdlin Shauki menyertai PKR semata-mata untuk melihat presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, itu antara impian yang ingin dilihatnya dan alasan utamanya menyertai parti politik.

“Apa sahaja yang Datuk Seri (Anwar) perlu dari segi media, kami sedia bantu.

“Kenapa saya berada di sini kerana saya percaya dahulu saya nak buat orang gembira, saya nak bantu orang dan akhir sekali saya nak tengok impian saya untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri kita,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo malam ini.

“Demi masa depan.”

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42, menyatakan keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform politiknya adalah demi masa depan anak dan keluarganya.

“Untuk saya (tarikh) 7/7/2006 ialah hari saya mula mati.

“Saya dah tak fikir untuk diri saya, saya fikir pasal anak saya, I think about what kind of Malaysia do I want a life for my children, sebab ayah saya tinggalkan saya satu Malaysia yang aman Makmur. What am I gonna give to my children? That’s why I’m here,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Altimet berkata, sudah terlalu lama dia hidup hanya mementingkan dirinya sendiri.

Katanya, sejajar dengan peredaran masa, ia banyak mengubah kehidupannya.

All artist are actually selfish people. (Sebenarnya semua artis pentingkan diri sendiri).

“Dah 20 tahun saya jadi selfish. Ya betul, lagu saya dapat sambutan, saya hanya nak puaskan diri saya sahaja, orang suka okay, tak suka tak apa, janji saya puas hati.

“Bila kita lalui, kita faham ada dunia yang lebih besar dari kita, faktor yang buat kita lebih matang adalah apabila mereka sudah berkeluarga,” kata Altimet.

Penting untuk saya fikir orang lain, masa depan, anak saya….- Altimet

Menurut bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu, semakin lama dia merasakan adalah lebih penting untuk memikirkan tentang masa depan serta masa depan anaknya.

“Sebab itu saya lebih peka terhadap perkembangan semasa, negara dan sebagainya,” katanya lagi sebagai menjawab soalan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sesi Temu Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, serta penghibur Datuk Afdlin Shauki dan Altimet.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 itu ditanya mengapa PKR menjadi parti pilihannya.

Sebelum ini, Datuk Adflin Shauki mengumumkan untuk menyertai PKR sebagai platform politiknya, selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO dan semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.

“Baru Tahu Dah Kahwin”- Tapau Makanan, Altimet Sempoi Sambut Anniversary Atas Lantai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker