UMNO bakal gerakkan kempen 'Sambung Yang Tergendala' — MYKMU.NET

UMNO bakal gerakkan kempen ‘Sambung Yang Tergendala’



Sebaran :

UMNO bakal menggerakkan kempen ‘Sambung Yang Tergendala’ pada Sabtu ini.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata ‘Sambung Yang Tergendala’ merupakan kempen untuk mengajak rakyat membincangkan soal dasar untuk kembalikan Malaysia ke landasan yang betul demi mengembalikan daya saing negara dan mensejahterakan rakyat.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO itu memaklumkan, antara dasar yang akan dicadangkan meliputi masalah pengangguran, pendapatan pegun, pertanian, pendigitalan dan pendidikan terutamanya.



“Mutakhir ini perbincangan tentang dasar-dasar di dalam negara kita berkisar tentang bagaimana untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas disebabkan krisis pandemik COVID-19.

“Oleh sebab yang demikian, kebanyakan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan menjurus ke arah dasar-dasar jangka pendek yang reaktif tanpa menumpukan kepada perkara struktur dan fundamental sebenar permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Program-program bantuan yang diumumkan Kerajaan sememangnya sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun perlu ada suatu perbincangan yang lebih menumpukan kepada isu-isu struktur dan percambahan idea-idea baharu yang radikal untuk memastikan kebajikan rakyat secara keseluruhannya terbela dan negara Malaysia terus makmur bergerak ke hadapan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sesi pertama program yang menggunakan format balai rakyat hibrid itu bakal berlangsung di Sungai Siput pada Sabtu.



Ia juga akan disiarkan secara lansung secara striman langsung di Facebook.


Sebaran :


Leave a Reply