Reezal Merican juga mahu Pemilihan UMNO perlu diadakan tahun ini — MYKMU.NET

Reezal Merican juga mahu Pemilihan UMNO perlu diadakan tahun ini



Sebaran :

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetap berpendirian bahawa pemilihan UMNO perlu dilaksanakan tahun ini mengikut kalendar parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Beliau berkata, perkara itu sudah disebut berulang kali sebelum ini malah salah satu ikrar yang diletakkan ketika berlaku pemilihan parti pada tahun 2018 ialah tidak ada lagi penangguhan pemilihan.

“Bahkan ikrar itu diberikan kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi berulang kali dan ini janji yang kita kena pegang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Reezal Merican berkata, beliau bersetuju dan menyifatkan pemilihan parti wajar dilakukan bagi membolehkan lebih 3 juta ahli akar umbi menentukan mandat dan hala tuju untuk mendepani PRU-15.

“Sememangnya tahun ini berakhirnya tempoh (pemilihan) dan saya amat setuju bahawa pemilihan wajar dilakukan dan proses itu dapat menyaksikan parti membentuk pasukan untuk tempoh akan datang.

Sudah terang tak perlu suluh, MN tinggal Umno, BN saja

“Beri hak kembali kepada ahli-ahli untuk melihat bahtera parti ini dibawa terutamanya berdepan PRU-15 nanti,” katanya.



Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan pemilihan UMNO perlu disegerakan bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Beliau menyifatkan penangguhan pemilihan pada 2018 telah menjerumuskan parti itu ke lembah kegagalan selepas kalah teruk pada PRU-14.

“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU-14 tapi lingkup (kalah) juga,” katanya.



Mengulas mengenai Undi18, Reezal Merican memaklumkan, beliau telah membangkitkan isu itu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Beliau telah memberikan penjelasan bahawa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita kena pastikan Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) dapat laksanakannya dengan segala formula serta ruang yang boleh.

“Semua anggota Kabinet bersetuju dengan Undi18 ini dan mungkin akan dibentangkan minggu depan,” ujarnya.



 

Astro Awani Mohon Maaf Fitnah Presiden UMNO


Sebaran :


Leave a Reply