Baru Sahaja Seminggu ‘Borong’ Saham Berjaya, Jalil Rasheed Kini Raih Keuntungan RM8.4 Juta

Sebaran :


Sekitar pertengahan Mac lalu, Jalil Rasheed selaku mantan CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan berjaya dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya Corporation (BCorp).

Perlantikan beliau yang baru sahaja berusia 39 tahun dilihat sangat unik selepas berjaya memecah tradisi dilantik syarikat apabila berjaya menjadi individu pertama bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan yang dilantik sebagai CEO Kumpulan BCorp.

Jalil Rasheed sekali lagi menjadi buah mulut para pelabur dan orang ramai selepas beliau dilaporkan berjaya mendapatkan saham syarikat yang dikendalikan beliau dengan jumlah yang mengejutkan ramai iaitu sebanyak 70 juta unit bernilai RM20.3 juta seminggu selepas dilantik sebagai CEO Kumpulan BCorp.

Keyakinan beliau dalam mendapatkan jumlah saham BCorp dengan jumlah yang banyak secara tidak langsung turut mendorong para pelabur untuk turut bersama melabur dalam saham ini.



Difahamkan Jalil Rasheed mulai mendapatkan saham BCorp pada minggu lalu dengan harga 28 seunit. Berdasarkan jumlah pegangan saham yang didapatkan baru-baru ini, beliau nampaknya sudah berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM8.4 juta dalam tempoh yang singkat.

Siapa sangka, pelaburan 1.399% Jalil Rasheed dalam BCorp nyata memberi impak positif kepada BCorp di mana saham syarikat ini berjaya didagangkan pada haraga 40 sen seunit sekaligus membuatkan BCorp mencatat harga saham tertinggi sepanjang lima tahun terakhir. Vc


Sebaran :

Leave a Reply