“Tolong kasi balik lesen..” Ka Siong mahu jumpa abang lori


“Tolong kasi balik lesen kami..” rayu seorang pemandu lori tempatan setelah ramai warga asing didakwanya mengambil alih tugas mereka
MAKIN ramai warga asing dapat lesen pemandu lori?

Ini dakwaan seorang lelaki sambil merayu pihak berkuasa membatalkan senarai hitam pemandu lori warga Malaysia.

Menurut beliau, kebanyakan saman dikeluarkan bukan kerana kesalahan pemandu lori sebaliknya majikan.

“Untuk warga asing, kenapa beri lesen kepada mereka? Bangladesh, Pakistan dapat lesen. Pakai kelas D.



“Tolonglah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).. Yang ramai abang-abang Melayu dan India, tolonglah kasi balik lesen kami. Kita tak tahu buat kerja lain, bawa lori sahaja kita tahu.

“Saya ada lesen lori, bas ada. Sekarang apa pun tak ada. Tauke tak bayar, dakwalah mereka. Bukan kami,” kata lelaki itu dalam video tular hari ini.

Dalam respons pantas, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mahu berjumpa dengan lelaki tersebut bagi menyiasat kesahihan dakwaan sekali gus membantu beliau keluar daripada masalah yang dihadapi.



Wee Ka Siong beri respons segera selepas tular video seorang pemandu lori rayu “tolong kasi balik lesen kami..”
“Saya memohon agar pemandu ini atau sesiapa yang mengenali beliau dapat menghubungi saya ditalian 03-88921013 dan seterusnya dapat mengadakan perjumpaan secepat mungkin.

“Saya sedia mendengar keluhan beliau dan berjanji akan melakukan tindakan sewajarnya,” katanya yang berkongsi video dakwaan lelaki tersebut.

Sementara itu, Ka Siong meminta Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan dan Ketua Pengarah APAD menyiasat aduan ini dan menyemak dasar sedia ada.

“Pendirian saya jelas, ‘jangan kera di hutan disusukan tapi anak sendiri mati kelaparan.’



“Biar saya berjumpa sendiri dengan pemandu ini dan membuat perubahan dasar sekiranya perlu,” katanya.

Ruangan komen dalam hantaran itu turut mengundang pujian warga maya di atas kesediaan Ka Siong menyiasat dakwaan pemandu lori warga tempata tersebut.

Ini termasuk jaminan Ka Siong untuk mengutamakan pemandu lori warga tempatan.

Pada masa sama, netizen juga memuji pemandu lori berkenaan yang menggunakan bahasa sopan, tanpa maki hamun sesisapa dalam menyuarakan rintihan beliau. Utv



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker