FGV Holdings lantik Dzulkifli sebagai Pengerusi


FGV Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi berkuat kuasa 1 April ini.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Federal Land Development Authority (Felda) sehingga 2012.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Dzulkifli dilapor memantau 450,000 hektar ladang kelapa sawit dan getah dan pelbagai pelan untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi lebih 112,000 peneroka dan keluarga.

Dalam masa yang sama, beliau pernah berkhidmat sebagai Atase Pertanian di Kedutaan Besar Malaysia di Rom, Itali.



Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa Bersatu (FAO), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pembangunan Kewangan Pertanian Antarabangsa (WFP).

Dzulkifli juga adalah ahli Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM). Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker