UMNO terbuka kerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15

‘Saya akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubar’

UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU-15.

“…selepas PRU-15 kita tengok bagaimana keadaan, sesiapa yang masa itu berminat untuk bekerjasama, dan ia membawa manfaat kepada UMNO, rakyat dan negara, kita terbuka untuk menubuhkan kerajaan.

“UMNO dari dulu tidak tamak, bila tubuhkan kerajaan Barisan Nasional kita kongsi dengan MCA, MIC dan parti lain termasuk dari parti pribumi Sabah dan Sarawak,” katanya.



Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Johan Setia termasuk melawat kuarters pekerja Centralised Labour Quarters (CSL) dan kilang pengacuan ‘U-Through Girder’ di Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin berkata: “Saya akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan, kerana ia adalah pendirian parti saya. Jadi soal berapa lama saya akan berada dalam kerajaan – ia bergantung kepada berapa lama masa diambil untuk membubarkan Parlimen”.



Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker