Polis buka kertas siasatan lelaki tampar pekerja kedai telefon

Tangkap layar seorang pelanggan mengasari pekerja sebuah kedai telefon semalam di Pagoh, Muar.

MUAR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang pelanggan bertindak agresif menampar seorang pekerja kedai telefon di Pagoh, Muar, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera tanpa senjata.

“Polis telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak selepas mereka membuat laporan polis di Balai Polis Muar pada semalam kira-kira pukul 1.53 petang.

“Hasil siasatan dari pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember (semalam) pada pukul 1.10 tengah hari,” katanya dala satu kenyataan di sini.



Ujarnya, punca kejadian adalah akibat ketidakpuasan hati pelanggan atas perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kedai telefon terbabit.

Setelah itu, berlakunya pertikaman lidah dan tindakan agresif pelanggan terhadap jurujual berkenaan.

Pelanggan tersebut adalah lelaki tempatan berumur 45 tahun, manakala pekerja perempuan berumur 24 tahun.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap video rakaman kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran awam.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker