PAU 2020: UMNO kekal jadi parti politik terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR – Di sebalik pelbagai cabaran dihadapi UMNO selepas tidak lagi menjadi kerajaan pada 2018 lalu, namun parti itu kekal menjadi parti politik terbesar dan merekodkan keahlian paling ramai di Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia terbukti apabila seramai 127,214 mendaftar sebagai ahli baharu sejak Februari 2018 hingga 26 Mac tahun ini.

“Walaupun dalam keadaan sukar begini (UMNO tidak lagi menjadi kerajaan), keahlian baharu UMNO terus bertambah,” katanya ketika membentangkan laporan pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



Jelas Ahmad, secara keseluruhan keahlian UMNO seluruh negara telah melebihi 3.3 juta orang.

Tambahnya, Sabah merekodkan keahlian tertinggi dengan melebihi 500,000 keahlian.

“Sokongan dan dokongan ahli akar umbi adalah kekuatan kita,” katanya.

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker