PAU 2020: UMNO boleh bincang apa sahaja ini PAU mereka, PAS terus komited pertahan penyatuan ummah

KUALA LUMPUR: Pas menegaskan akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran Pas pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebagai usaha berterusan memperkukuhkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) sebagaimana yang disepakati sebelum ini.

“… ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perhimpunan itu di sini hari ini.

Hadir sama pada perhimpunan itu ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya sebelum itu berkata UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemah piagam dan perjanjian persefahaman yang dimeterai UMNO dan Pas pada September 2019.

PAU 2020: UMNO sebagai Kabinet kerajaan atau tidak, diketahui petang ini – SUA UMNO

Menurut Ahmad Zahid, permuafakatan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan diyakini akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.

Sementara itu, Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran ketika ditemui pemberita berkata Pas perlu membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PN, justeru Pas perlu buat keputusan terlebih dahulu. Entah-entah mereka (Pas) tidak mahu bekerja dengan UMNO,” katanya.

Mengulas mengenai BN bertanding secara solo pada PRU15, Vigneswaran berkata itu adalah satu keputusan yang tepat.

PAU 2020 : Letak kedua-dua ‘kaki’ di tapak sama, Zahid gesa PAS

“Buat masa sekarang ini adalah hasrat UMNO, kita akan bertanding atas tiket BN, yang dikatakan nak bekerjasama dengan sesiapa selepas pilhan raya itu, kita kena bincang,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata untuk memenangi PRU15, BN perlu bekerja keras berikutan senario semasa politik negara.

“Cabaran yang bakal kita hadapi bukan sesuatu yang membolehkan kita berkata dengan yakin ‘kami boleh lakukannya’, kita perlu bekerja keras selain mendapatkan sokongan semua bangsa kerana inilah yang perlu kita lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai pendirian UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu, Wee berkata perkara itu terpulang kepada UMNO.

“Ini perhimpunan agung mereka dan mereka boleh bincang tentang apa sahaja. Jadi, biarlah mereka buat keputusan,” katanya.

 

Menuju wajah baru Muafakat Nasional 2.0

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker