Selamat Bersalin – Azrinaz Timang Anak Keempat, Perempuan

Pada hari Jumaat lalu, personaliti TV terkenal iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melahirkan anak keempatnya yang merupakan bayi perempuan.

Berita gembira itu dikongsikan Azrinaz menerusi satu hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, Azrina meluahkan rasa kesyukuran kerana bayi keempatnya itu telah dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1.15 tengahari,” katanya.

Untuk makluman, Azrinaz mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun hasil perkahwinan bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018.

Azrinaz sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.

 

Kata-kata Muhyiddin bukti Bersatu dan UMNO tidak boleh bersama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker