PAU 2020: Tok Mat Dedahkan Calon Perdana Menteri UMNO

Sidang media Mohamad Hasan hari ini menjadi kejutan sebelum diganti dengan ketawa apabila Timbalan Presiden Umno menjawab soalan mengenai calon perdana menteri parti tersebut jika mereka memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Err… kamu sedang bercakap dengan dia sekarang,” kata Mohamad sebelum sedetik kemudian diikuti dengan ketawanya membuat suasana dalam bilik berkenaan bertukar lebih ceria.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang turut ada di sebelah Mohamad juga kedengaran ketawa dengan komen spontan tersebut.



Bagaimanapun selepas kira-kira 15 saat ketawa bekas menteri besar Negeri Sembilan itu pantas memberi penjelasan bahawa kenyataan itu hanyalah gurauannya.

“Saya suka bergurau,” kata Mohamad yang juga Adun Rantau.

Sidang media itu diadakan selepas Mohamad selesai merasmikan persidangan tahunan sayap-sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Esok Perhimpunan Agung Umno ke-74 akan diadakan di tempat sama selepas tertangguh beberapa kali akibat ancaman Covid-19.



PAU 2020: Amalan, warisan PH meresap ke dalam Kerajaan PN

Selepas PRU ke-14 berakhir, pemimpin Umno buat kali pertama gagal menjadi perdana menteri dan parti itu menjadi pembangkang selama hampir dua tahun sebelum Pakatan Harapan dijatuhkan dan Perikatan Nasional (PN) muncul.

Bagaimanapun PN menyaksikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.



Dalam ucapannya hari ini Mohamad memberitahu Umno sedang membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak yang sedia menerima syarat yang ditetapkan.

Mohamad juga menegaskan dalam sebarang persefahaman Umno mestilah menjadi induk dan berperanan secara dominan.

Mengenai calon perdana menteri, Mohamad berkata hal itu akan ditentukan parti terbabit selepas ini namun ia mestilah dipegang oleh Umno.

“Jawatan perdana menteri adalah untuk Umno dan BN,” katanya.



PAU2020: “You’ll Never Walk Alone!,” Tok Mat Mahu UMNO Jadi Juara Macam Liverpool, Najib Tak Setuju

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker