PAU 2020 : Shahidan tepis pandangan Tok Mat


Kenapa bincang isu kerjasama seolah-olah PRU esok, soal Shahidan

Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim, mempersoalkan kenapa perbincangan mengenai kerjasama parti Melayu itu dengan parti lain dibuat sekarang seolah-olah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan esok.

Beliau berkata, buat masa ini Umno perlu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana ia parti majoriti dalam kerajaan kini.

“Keputusan tak bekerjasama dengan parti lain, itu (semasa) pilihan raya. Lambat lagi. Dua tahun lagi…setahun lagi.

“Kenapa benda yang lambat lagi dibincang seolah-olah berlaku esok? Ini masa pilihan raya. Bukan sekarang,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.

Shahidan juga berkata, kenyataan bahawa Umno tidak dominan dalam kerajaan PN adalah pandangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Beliau berkata, daripada hampir 20 menteri dan timbalan dalam Jemaah Menteri, sembilan daripada Umno, dua lagi daripada sekutunya dalam Barisan Nasional, tiga daripada PAS dan Gabungan Parti Sarawak, dan lapan daripada PPBM.

“Sekarang ini tafsiran sama ada Umno dominan ke tidak kena dibincangkan,” katanya. FMT

Shahidan pernah berdepan tuduhan cabul, kumpulan wanita, kanak-kanak bantah pelantikan ke jawatankuasa khas

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker