PAU 2020: Amalan, warisan PH meresap ke dalam Kerajaan PN — MYKMU.NET

PAU 2020: Amalan, warisan PH meresap ke dalam Kerajaan PN



Sebaran :


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikatakan mula membiarkan diri diresap amalan dan warisan Pakatan Harapan ketika mentadbir negara selama 22 bulan.

Hal berkenaan dilihat apabila ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan undang-undang termasuklah pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin di mahkamah.

Ini termasuklah pendakwaan tidak dilakukan terhadap bekas pemimpin UMNO yang melompat parti ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Selain itu, tindakan PN yang terus menerima pemimpin politik dan wakil rakyat yang mempunyai kes melibatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Jika benar dakwaan bahawa kerajaan PN kunci kepada perubahan, maka mengapakah polisi PH yang selama ini kita lawan, masih lagi dikekalkan?

“Jika benar dakwaan bahawa kerajaan PN kunci kepada perubahan, maka mengapakah polisi PH yang selama ini kita lawan, masih lagi dikekalkan?



“Di manakah keadilan apabila pemimpin UMNO yang kononnya terima peruntukan daripada sumber 1MDB didakwa.

“Sedangkan pengkhianat yang terima peruntukan serupa tidak pula didakwa, malah terus menjadi suci apabila melompat ke Parti BERSATU, bahkan boleh diangkat pula menjadi Menteri?

“Di manakah keadilan jika anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara (BNM) yang mengaku mengetahui tentang ratusan juta wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam akaun mereka tidak pula didakwa, sedangkan pemimpin UMNO begitu pantas dihadap ke mahkamah pengadilan?



“Jadi siapa sebenarnya yang khianat? Siapa yang tidak jujur dalam muafakat? Sekiranya ikhlas, kenapa amalan pendakwaan terpilih warisan PH masih diteruskan?”

Demikian selar Ketua Pergerakan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini berkata demikian dalam ucapan dasarnya ketika persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kegagalan PH yang diteruskan PN terutama untuk mengekalkan pelaburan asing dalam negara.



Katanya, pandemik Koronavirus tidak boleh terus dijadikan alasan untuk menampan kemerosotan pelaburan asing dan kemelesetan ekonomi negara.

“Benar, Covid19 adalah sebahagian daripada puncanya. Benar, Kerajaan telah menyalurkan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat.

“Tetapi mengapa begitu lambat sekali proses pemulihan ekonomi negara?



“Sedangkan negara jiran yang kadar wabak jauh lebih buruk daripada kita, menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih pantas, malah menerima limpahan pelaburan.

“Laporan Bank Dunia dan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), melaporkan dua minggu lalu bahawa kedudukan Malaysia jatuh tercorot berbanding negara-negara serantau ASEAN lain dari segi pelaburan asing.

“Dahulu kita gah di Bursa Malaysia, tetapi trend terkini pelabur luar mendadak meninggalkan pasaran saham.

“Sedangkan kita pernah menjadi juara pasaran saham dunia. Syarikat gergasi IT IBM menutup operasi, Toyota pula mahu memindahkan pusat operasi ke Indonesia.

“Tesla dan Google dilaporkan melabur berbilion ringgit ke negara jiran kita. Bayangkan betapa banyak peluang pekerjaan yang terlepas akibat pelaburan beralih arah.

“Bayangkan perasaan lebih 800,000 penganggur kini melihat sahaja pelaburan berlalu di depan mata.

“Sedangkan diri terus tertekan, tanpa kerja dan pendapatan,” ucap Asyraf Wajdi. SM


Sebaran :


Leave a Reply