PAU 2020: PH gagal, PN tak cekap, tiba masa BN kembali dalam PRU15 - Tok Mat — MYKMU.NET

PAU 2020: PH gagal, PN tak cekap, tiba masa BN kembali dalam PRU15 – Tok Mat

Sebaran :

UMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, ia membuka mata rakyat bahawa hanya BN mampu mengurus negara serta memastikan kestabilan politik.

“Rakyat telah menyaksikan kegagalan 22 bulan pemerintahan PH. Kini, rakyat sedang melihat pula ketidakcekapan dan kelembapan PN menguruskan negara.

“Walaupun UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan PN, namun peranan UMNO sangat terpencil dan tidak dominan. Kita lebih duduk tunduk dari bangun menjadi induk. Ditambah pula dengan pendirian jelas, UMNO untuk tidak menyertai PN sejak awal dahulu.

“Sedar atau tidak, senario-senario ini sebenarnya memberikan UMNO kesempatan unik untuk mengetengahkan semula BN sebagai kerajaan pilihan rakyat. Sama ada dalam kalangan Melayu mahupun bukan Melayu,” katanya.

Malah, jelas Mohamad, prestasi BN sebagai kerajaan selama lebih 60 tahun adalah jauh lebih baik dan berjaya, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Sebaliknya, katanya, kerjasama politik menerusi PH mahupun PN jelas tidak mampu menandingi formula BN yang dilaksanakan sebelum ini.

“Belum nampak sebarang petunjuk bahawa kerjasama politik seperti PH mahupun PN, mampu menterjemahkan formula BN yang kita laksanakan dulu.

“Jadi, rakyat sebenarnya boleh diyakinkan, bahawa BN harus dikembalikan segera untuk memerintah demi kemakmuran Malaysia,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.

UMNO akan bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: