‘Gajah sama gajah’ berhentilah bertelagah, rayu MCA

Ketua Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Hiong menggesa kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang berhenti berbalah isu air, dan bertemu bagi meleraikan masalah berkenaan demi kebaikan rakyat di kedua-dua negeri.

Katanya, tindakan berbalas serangan hanya akan menyebabkan masalah semakin kusut dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

“Jika kerajaan negeri saling bertelagah, apa nasib rakyat nanti?

“Adakah rakyat akan menanggung kesusahan dan kesempitan yang berpunca daripada sikap ego kerajaan negeri?

“Bak kata peribahasa, ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah’ yang bermaksud orang-orang besar berkelahi, rakyat yang menjadi korban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang Kedah daripada melaksanakan projek takungan air di sepanjang Sungai Muda yang didakwa akan mengancam 80 peratus keperluan air Pulau Pinang.

Kata Tan, itu bukanlah perbalahan pertama membabitkan dua negeri tersebut.

Jumpa di mahkamah, kata Chow kepada Sanusi

Sebelum ini juga, katanya, pertikaian turut timbul antara dua negeri itu, berkenaan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP), yang dikatakan akan memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Katanya, kerajaan negeri tidak wajar menambah lagi masalah rakyat dengan perbalahan berkenaan, sedangkan rakyat sedang bergelut menghadapi wabak Covid-19.

Chow dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor beberapa kali berbalas kenyataan isu bekalan air antara dua negeri berkenaan membabitkan Sungai Muda di Kedah.

Sanusi pada mulanya mahu Pulau Pinang membayar caj air mentah kepada Kedah, namun usul itu ditolak Chow.

Ia berlarutan sehingga timbul isu “peringatan” Sanusi tentang kemungkinan Pulau Pinang harus menggunakan air selut, kerana Kedah dijangka melaksanakan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (Taps) pada tahun ini.

Pojek itu, katanya, untuk menakung air bagi menstabilkan paras air Sungai Muda sewaktu musim kemarau.

Susulan itu, Chow Kon Yeow memberi amaran mengambil tindakan undang-undang dan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan pusat berhubung kemelut air mentah dengan Kedah berkenaan.

Isu Air : Kami tak takut amaran Sanusi, kata Chow

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker