Terpengaruh dengan Anwar, Ahli UMNO tolong minta ‘Simpang’

 

KUALA NERUS – Hasrat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalin bekerjasama dengan UMNO dianggap sebagai salah satu usaha Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk memecah-belahkan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sudah beberapa kali menegaskan tidak akan menjalin hubungan dengan PKR dan sekutunya.

“UMNO sebelum ini sudah tiga, empat kali menegaskan ‘no Anwar, no DAP’ dan pendirian kita tidak berubah sampai sekarang.

Raja Petra dakwa UMNO, PH ‘Bersatu’

“Kita harap ahli parti tidak terpengaruh (dengan dakwaan Anwar),” katanya ketika ditemui ketika melakukan lawatan kerja di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, beliau percaya kenyataan dibuat Anwar hanyalah keinginan Ketua Pembangkang tersebut untuk mempengaruhi pucuk pimpinan dan ahli akar umbi UMNO.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran ahli parti itu berdepan tindakan disiplin sekiranya membelakang parti dan bersekongkol dengan Anwar

 

Kalau kena pecat pun, jangan tabur fitnah, kata Najib kepada Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker