Kalau kena pecat pun, jangan tabur fitnah, kata Najib kepada Annuar Musa

Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dakwaan Annuar Musa bahawa Umno dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Najib meyelar Ahli Parlimen Ketereh itu kerana membuat tuduhan sedemikian susulan penyingkirannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional semalam.

Najib berkata kepimpinan UMNO tetap tegas menolak kerjasama dengan DAP dan ini adalah sentimen yang turut dikongsi akar umbi parti.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak setuju dengan suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian Umno yang menolak PPBM, janganlah buat sidang akhbar khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu kepada Annuar.

Semalam, ketua-ketua bahagian UMNO menegaskan kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka terus menolak kerjasama dengan DAP dan bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, menurut Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan.

Pagi tadi, Annuar mendakwa menerima laporan wujud gerakan daripada Umno bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baru,” kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya itu-FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Najib. Sudah sudah lah. Janganlah cuba berselidung di sebalik kelengking kamu yang bengkok itu. Kanm,fikir rakyat bodoh dan tolol seperti beberapa pemipin Umno dalam Kluster Mahkamah? Kan Ahmad Maslan sendiri dah terkeluar kata Umno marah sebab tak lepaskan pemimpin2 Umno daripada didakwa !! Annuar Musa adalah Setiausaha Agung Umno dan kemudian Setiausaha Agung BN. Dalam sesebuah organisasi ssiapa yang siapkan agenda dan mencatit perjalanan dan keputusan mensyauarat? Presiden,, Ahli MT atau Setiausaha???Mungkin Presiden, Bekas Presiden mudah lupa, tapi SU ada rekod keputusan mesyuarat !! Jika Annuar berbohong atau fitnah bawalah dia ke mahkamah bukan hebah di facebook atau instagram.

  2. Saya yakin TSAM dan Setuausaha Akhbarnya Tun Faisal yakin surat itu tulen dan bukan dikutip dr tepi jalan atau sekadar surat layang. Jangan smpai TSAM berterus terang siapa yg memberikan itu kepadanya. Yg pelik kenapa geng2 yg menentang TSAM pd awalnya menyangkal kesahihan surat tersebut tp selang bberapa hari kemudian meminta TSAM didakwa kerana membocorkan surat yg dikatakan sahih pula. Cukuplah berbelit2 wahai geng setia DAP PKR…kami akar umbi serta rakyat tanpa parti sudah muak dgn permainan UMNO (cenderung PH)…kami mahu melayu PN dikukuhkan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker