Penjara paling kejam di dunia kembali dibuka kepada pelancong
SAN FRANCISCO: Sebuah penjara yang memegang gelaran ‘penjara paling kejam di dunia’ kembali dibuka selepas lebih setahun dunia dilanda pandemik COVID-19.
Pintu masuknya bukan sahaja dibuka untuk pesalah mahupun banduan, tetapi ia kini menerima kunjungan orang ramai yang tidak pernah melakukan apa-apa kegiatan jenayah sekalipun.
Ya, ini kerana penjara Alcatraz yang terletak di San Francisco sememangnya dibuka kepada orang ramai bagi mereka yang ingin melakukan lawatan bagi melihat suasana di dalam tirai besi itu.
Namun, ia tidaklah seperti mana sejak penjara itu mula membenarkan kemasukan pengunjung bermula tahun 1972.
Kali ini, para pengunjung perlu memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal serta membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Malah, antara kelainan bagi mereka yang ingin melawat ke penjara yang mempunyai kawalan ketat oleh anggota tentera itu ialah para pengunjung tidak disediakan sebarang pek makanan sewaktu pakej lawatan tersebut.
Pengangkutan feri yang akan membawa penumpang dari bandar San Francisco ke pulau itu dalam masa 15 minit turut mengehadkan kapasiti penumpang kepada 25 peratus sahaja atau bersamaan 150 penumpang sahaja pada satu-satu masa.
Pada Ogos lalu, penjara yang pernah menempatkan individu ternama dan berpengaruh seperti Al Capone dan George Machine Gun Kelly ini turut dibuka untuk pengunjung, namun hanya di kawasan luar sahaja sebagai langkah mengekang penularan pandemik COVID-19.
‘Paksa’ polis kejar 70km, lelaki dipenjara 24 bulan, denda RM5,000
You must be logged in to post a comment.