Saya terpaksa kunci mulut, tak mahu lukai sesiapa – Dira


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dira Abu Zahar mengakui terpaksa berdiam diri bagi memastikan tiada perpecahan berlaku dalam parti.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah berkata, pada masa sama beliau juga perlu menjaga hati ramai orang agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ketika ini.

“Demi mempastikan tiada lagi perpecahan di dalam parti keramat ini. Banyak yang Saya terpaksa kunci mulut demi tidak melukai ramai orang dan banyak pihak,” tulis di Twitter miliknya hari ini.

Kenyataan Dira itu mungkin ada kaitan dengan kekecohan dalam UMNO selepas presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan ada dua ahli MT parti itu dikenal pasti menjadi dalang membocorkan rahsia mesyuarat parti.



Sebelum aktif dalam bidang politik, Dira merupakan pelakon dan pengarah yang dikenali ramai.

Beliau menyertai Pergerakan Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai exco pada tahun 2015.

Dira kini juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin.

Pada Jun 2018, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Isnin itu telah memenangi Ahli MT UMNO. MG



Kes Hasanah: Pegawai JPM pinjam kondo dua minggu simpan dokumen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker