‘Lompat menjadi-jadi, belum tentu dapat majoriti’ – Mahathir sindir Muhyiddin

“Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia.”

Itu luahan berbaur sindiran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap kerajaan dalam satu entri di blognya, pada Rabu.

Ahli Parlimen Langkawi itu menyenaraikan 14 perkara, mengetengahkan beberapa perkara yang beliau dakwa pincang dalam pentadbiran kini.



Antara yang turut disenaraikan ialah tentang situasi lompat parti yang semakin kerap berlaku.

“Darurat masih ada, Perdana Menteri boleh buat apa sahaja.

“Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk Parti Kerajaan.

“Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?

“Sebab lompat? Kita tahu la. Cash is king,” tulis beliau.



Turut dipertikaikan oleh Tun Mahathir ialah Parlimen yang belum dipanggil bersidang meskipun situasi semakin baik ketika ini.

“Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.

“Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, Kerajaan tertubuh – selamat berbillion Ringgit.

“Tak cukup duit, naik denda,” dakwa ahli politik veteran berusia 96 tahun itu lagi.



Twitter padam ciapan Mahathir kerana langgar peraturan



 

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker