‘Dua MKT jadi kambing hitam’
SHAH ALAM – Kepimpinan tertinggi UMNO disaran lebih berusaha mengenal pasti dalang parti yang berunding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerjasama politik baharu berbanding menghukum mereka yang membocorkan maklumat parti.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, dalang UMNO yang cuba berbincang dengan Anwar secara bersembunyi disifatkan lebih tidak beretika berbanding dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang didakwa membocorkan maklumat mesyuarat MKT di Janda Baik, bulan lalu.
Jelas beliau, kedua-dua tindakan berkenaan adalah salah dari sudut peraturan parti, namun kepimpinan UMNO tidak boleh bersikap dwistandard dengan hanya mengambil tindakan terhadap perbuatan yang merugikan mereka sahaja.
“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mendedahkan dalang atau individu yang berunding dengan Anwar kerana ia secara jelas melanggar dasar UMNO iaitu ‘No Anwar, No DAP’.
“Saya rasa daripada sibuk mencari siapa ahli MKT yang bocor maklumat mesyuarat parti, lebih baik UMNO sibuk cari siapa dalang mahu kerjasama dengan UMNO.
“Ini kerana tindakan itu secara jelas melanggar dasar UMNO iaitu ‘No Anwar, No DAP’.
Pemimpin UMNO tolak kerjasama DAP, Anwar
“Nampaknya, ada pihak cuba mengalihkan perhatian dengan menjadikan dua ahli MKT sebagai kambing hitam. Saya rasa kedua-dua perbuatan salah, tetapi parti tidak boleh bersikap dwistandard,”
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan pendedahan Anwar yang mengesahkan terdapat perbincangan awal dengan wakil UMNO untuk membincangkan rancangan kerjasama politik antara dua parti itu.
UMNO tetap tolak kerjasama dengan PKR, DAP: Shahril Hamdan
Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan tidak tahu-menahu mengenai perbincangan itu, diikuti Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Suffian dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pada Rabu, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata, UMNO telah mengenal pasti dua ahli MKT yang didakwa sering membocorkan rahsia mesyuarat MKT dengan mereka berkemungkinan berdepan tindakan pemecatan oleh Lembaga Disiplin parti.
Bastien juga mahu mengingatkan pemimpin yang berunding dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya berani mengusulkan cadangan kerjasama politik dengan blok pembangkang secara terbuka dalam mesyuarat MKT atau Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 kelak.
Veteran sokong keputusan MKT UMNO
“Sekiranya perkara ini tidak diterangkan dalam PAU, akar umbi akan terus celaru dengan hala tuju terkini parti selain keadaan itu memberi gambaran sangat negatif dari aspek pegangan politik UMNO sendiri,”
Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah menggesa pucuk kepimpinan UMNO membuat penjelasan berhubung dasar dan hala tuju parti yang diputuskan menerusi mesyuarat MKT di Janda Baik, bulan lalu.
Jelas beliau, sehingga kini, masih tiada satu kenyataan rasmi yang jelas dikeluarkan kepimpinan UMNO bagi merungkai teka-teki hala tuju UMNO bagi mendepani pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Surat yang dihantar kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tempoh hari masih tidak menjelaskan sama ada UMNO sudah mempunyai dasar baharu selepas pengumuman tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.
“Mengenai perbincangan dengan Anwar, ahli-ahli UMNO mahu tahu adakah agenda itu turut dibincangkan dalam mesyuarat MKT tempoh hari? Jika ada, pucuk kepimpinan UMNO kena jelaskan pendirian atau dasar baharu kepada kami.
“Jika tiada, parti wajib mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba mewujudkan penjajaran baharu kerana ahli-ahli UMNO tidak boleh terus terkeliru dengan hala tuju parti yang masih tidak jelas,” katanya
Kenyataan Media SUA UMNO Berkaitan Mesyuarat MKT UMNO
aku ada kawan ahli akar umbi UMNO di johor, dia pun faham kerjasama dengan pkr & dap itu cuma muslihat strategi politik sahaja…boleh putihkan 2 ekor kambing itu tapi kenalah 2 ekor kambing itu beri kenalah beri jaminan tak akan bocorkan lagi maklumat parti
kerjasama dengan pkr & dap itu kalau terpaksa…misal kata selepas selesai PRU15 ppbm & pn tak mahu bekerjasama dengan UMNO & BN untuk membentuk kerajaan sebab UMNO layak dianggap menjadi ketua(kerana jumlah kerusi yang banyak dimenangi)…apa pihan lain ada pada UMNO?
‘langkah sheraton’ tidak sama dengan PRU15, UMNO boleh berkompromi membiarkan presiden ppbm menjadi PM kerana keadaan pada masa itu seperti darurat atau terpaksa kerana mahu merencatkan agenda ph terutama dap daripada terus dapat berkuasa