6 kucing antara aset sindiket dadah untuk dilelong


Enam kucing yang jinak dan manja antara aset bakal dilelong selepas disita daripada kumpulan penjenayah dipercayai terlibat dengan sindiket dadah dalam satu serbuan di wilayah timur Rayong hari ini.

Serbuan itu, yang dilakukan Polis Antinarkotik Thailand ke atas sebuah rumah dalam daerah Klaeng di Rayong, menemukan kesemua haiwan peliharaan tersebut termasuk seekor yang menyerupai harimau bintang kecil.

Polis turut merampas aset bernilai lebih 35 juta baht (100 baht adalah bersamaan dengan RM13.39).

Polis memberkas seorang lelaki rakyat Thailand yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram hasil kegiatan dadah dan bertanggungjawab terhadap urus niaga kewangan bagi rangkaian dadah didalangi Soradet Sonsiri, atau lebih dikenali sebagai ‘Kook Rayong,’ yang sudah berada dalam tahanan polis.



Media tempatan melaporkan bahawa rumah dan kucing terbabit adalah milik isteri Soradet yang masih bebas.

Penolong Ketua Polis Negara Chinnapat Sarasin berkata enam kucing itu telah diserahkan ke Pejabat Lembaga Pengawalan Narkotik dan dijadualkan dilelong bersama aset lain yang turut dirampas dalam serbuan itu tidak lama lagi.

“Kucing terbabit dipercayai antara taktik yang digunakan pengedar dalam operasi pengubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan kegiatan dadah,” katanya. Bernama

Pistol James Bond 007 Dilelong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker