Kompaun RM10,000: Pemuda Umno turut tawar khidmat guaman percuma

PETALING JAYA: Pemuda Umno menjadi parti politik terbaharu yang menawarkan bantuan guaman percuma kepada mereka yang dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, khidmat itu disediakan kepada mereka yang didenda atas “kesalahan kecil seperti tidak memakai pelitup muka”.

“Dalam masa terdekat, Pemuda Umno akan menyediakan platform dalam talian untuk individu yang dikompaun menghantar maklumat dan mendapatkan khidmat nasihat guaman.



“Tawaran ini meliputi nasihat guaman dan representasi peguam kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membuat rayuan pengurangan kompaun bagi kesalahan melibatkan PKP,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh memberikan maklum balas mereka melalui hotline 013 7354116 dan 013 7354117.

Katanya, beliau menyokong usaha kerajaan mengetatkan SOP, tetapi kompaun tinggi hanya akan membebankan orang ramai.

Syarikat baru dengan low income mampu bayar yuran guaman mahal pada bini Guan Eng



“Pemuda Umno tetap berpendirian agar kerajaan mempertimbangkan menilai kembali jumlah kompaun RM10,000 yang ditetapkan agar rakyat tidak terus merasa teraniaya dan terbeban.”

Terdahulu, parti pembangkang mengumumkan mereka akan menawarkan bantuan guaman kepada individu yang dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, khidmat itu disediakan di setiap negeri, dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40.



Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah dilaporkan berkata, pasukan guaman PKR negeri itu akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada rakyat yang dikompaun RM10,000 di Johor.

Biro Undang-Undang Amanah turut menawarkan nasihat guaman percuma kepada rakyat yang ingin merayu terhadap kompaun itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan menyenaraikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000 bagi mengelakkan kekeliruan tidak lama lagi.

“Kerajaan bagi jaminan akan selesaikan pelaksanaannya, termasuk pengeluaran saman kepada mereka yang melakukan kesalahan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) yang boleh didenda RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat dan perbadanan.”



‘Jangan pukul rata’ – Zahid gesa k’jaan kaji semula kompaun RM10,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker