Jangan biarkan diri jadi mangsa keganasan rumah tangga, kata Rina

IPOH: Para isteri diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga dan tidak membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan sehingga membawa kemudaratan kesihatan dari segi fizikal dan mental.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun berkata, golongan itu seharusnya perlu sentiasa sedar dan sensitif dengan perubahan pada sikap suami dan tidak hanya berdiam diri sahaja sepanjang masa.

“Apabila sudah berkahwin, jika ada perubahan suami, (sekiranya berlaku keganasan rumah tangga) perlulah mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Jangan rasa takut atau malu.

“Ini yang kita ingin buang stigma rasa malu dan segan sebab kita menyediakan pelbagai platform (untuk membantu golongan wanita teraniaya) dan amatlah malang jika ia tidak dapat digunakan dengan sebaiknya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian keganasan rumah tangga sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, Rina merasmikan Program Jelajah Peduli Keluarga peringkat negeri Perak di sini yang turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Dr Wan Norashikin Wan Noordin hari ini.

Trending di Twitter, Adham Baba, Rina Harun Kini Bersaing

Mengulas lanjut, Rina berkata keganasan rumah tangga sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya suami mengalami tekanan emosi atau mempunyai masalah kewangan kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Rina berkata dua kajian kesejahteraan diri sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 dalam kalangan keluarga komuniti, telah mencetuskan program intervensi kepedulian keluarga yang dikenali Jelajah Peduli Keluarga.

Jelasnya, kajian pertama dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) selain Kajian Impak Covid-19 ke atas keluarga berpendapatan rendah di bandar oleh Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).

Beliau berkata justeru, Jelajah Peduli Keluarga itu bertujuan mendekati ahli keluarga yang mudah terkesan bagi memberi khidmat sokongan dan membantu meningkatkan daya tahan keluarga dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

Katanya, berdasarkan kajian pertama, 43.9% responden menyatakan mengalami tekanan kewangan dan 32.2% berhadapan konflik keluarga terutama bagi komuniti kediaman rumah pangsa manakala kajian kedua pula mendapati 30% responden isi rumah sukar mendapat akses khidmat kesihatan.

“Justeru, aksesibiliti (kebolehcapaian) kepada khidmat sokongan keluarga terhadap ahli masyarakat terutama kumpulan sasar terjejas perlu dipertingkatkan.

“Oleh yang demikian, tujuan utama Jelajah Peduli Keluarga adalah untuk menyokong dan melindungi kebajikan rakyat serta membantu ahli keluarga untuk pulih dan terus kekal sejahtera semasa dan selepas PKP selain sebagai satu platform untuk pemimpin turun padang bertemu rakyat,” katanya.

Perubahan Rina Harun : Asalnya Orang Kagum, Kemudian Netizen Naik Meluat dan Menyampah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker