Riena Diana jadi mangsa pelucah.

Riena Diana atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulrea  terkejut apabila dia pula menjadi mangsa, dia  menerima hantaran foto berbaur lucah daripada individu tidak dikenalinya di laman Instagram pada Selasa.

Individu yang tidak di kenali  tersebut mula menghantar foto yang menampakan bahagian paha seseorang dalam tab mandi selepas mesej awal tidak dilayan.

Riena Diana yg juga seorang penyampai radio Hot FM,  tidak menyangka  individu tersebut tergamak menghantar gambar lucah seperti itu memandangkan profile akaun nya ada tterdapat nama Allah.

“Sebelum ini, saya selalu dengar selebriti lain terima mesej macam itu. Tapi saya abaikan saja sebab saya tak pernah kena pun. Tak sangka pula, kali ini saya pula terkena buat kali pertama.

Pelakon yang popular menerusi watak ‘Lailer’ dalam drama ‘Kampung People’,  menambah  “Mula-mula dia mesej saya tak layan… selepas itu, dia hantar pula gambar sebegitu. Bila saya tengok gambar yang diberikan dan ia sebenarnya gambar kaki dia.

“Memang saya takut dan terkejut la sebab ingatkan dia ambil gambar bawah (kemaluan)… bila tengok profile, siap tulis ‘thank you Allah’ tapi berperangai buruk macam itu. Bagi saya, ia sangat keji!” katanya.

Sebelum ini, Riena berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menghantar gambar berbaur lucah di Instastory miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, aktres berusia 24 tahun ini berkata individu tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana bimbang akan menghantar foto yang lebih melampau.

“Pada bio (profile) itu Riene nak bagi nasihat, elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek? Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. keji la!” tulis Riena.

Dalam pada itu, Riena memberitahu dia sudah pun menyekat akaun Instagram berkenaan dan menganggap individu tersebut mempunyai masalah mental.

“Saya memang ambil langkah terus sekat akaun Instagram dia. Tak sanggup kalau ada lagi mesej seperti itu. Bagi saya, mereka ini seperti ada masalah mental sebab hantar gambar tak senonoh” ujarnya.

LEPAS MARK ADAM – ‘LAILER’ PULA DIPILIH SERTAI GENG HOT FM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker