PKR: Tindakan Xavier keluar parti timbulkan tanda tanya – Saifuddin Nasution

Keputusan Xavier Jayakumar untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN) menimbulkan pelbagai tanda tanya, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Sebagai seorang yang lama mengenalinya, tindakan dan alasan-alasan dia dalam kenyataan hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun yang membezakan reformis tulen dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar.

“Saya ulangi gesaan agar semua ahli Parlimen PKR untuk kekal teguh dan Istiqamah berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan dan ugutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Terdahulu, Xavier yang merupakan naib presiden PKR mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998 dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong PN.

Dia antara lain berkata “sangat kecewa” dengan parti itu sejak setahun lalu serta berpandangan keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha kerajaan membendung wabak Covid-19.

Tindakannya itu menyusuli dua lagi ahli Parlimen PKR, iaitu Steven Choong dan Larry Sng, pada akhir bulan lalu.

Masyarakat India jangan harap bantuan kerajaan, terima kasih PH.



Menurut Saifuddin, keputusan Xavier itu selepas timbulnya dakwaan usaha menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang terhadap PN menerusi “umpan dan ugutan”.

“Xavier baru-baru ini bertemu pimpinan PKR dan memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikannya sebagai sasaran siasatan setelah menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalannya berkait satu kes yang sedang berjalan.

“Xavier kemudian dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan dia perlu menyokong PN atau hadapi akibat yang serius,” dakwa Saifuddin.



Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPRM dan Xavier untuk respons.

Sebelum ini PH mendakwa terdapat usaha menggunakan agensi kerajaan untuk memberi tekanan kepada ahli parlimen pembangkang agar menyokong PN.

Majlis Presiden PH mendakwa antara agensi yang dijadikan “senjata politik” adalah polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagaimanapun ketiga-tiga agensi itu menafikan dakwaan berkenaan.



Selepas Xavier, Azmin beri bayangan ‘1+1+1+… dan seterusnya’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker