Nak jadi menteri bukan ini caranya’, nasihat Husam kepada Takiyuddin

Sebaran :


Senator Datuk Husam Musa hari ini menasihatkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Datuk Takiyuddin Hassan agar Pas menarik diri daripada kerajaan yang tidak cukup majoriti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yaasin demi imej sebuah parti Islam.

Menurut Husam, Pas sebagai kumpulan Islamis yang menjadi barisan hadapan menggunakan darurat untuk melanggar hak demokrasi di sebalik pandemik COVID-19.

“Hari ini kumpulan Islamis inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membetulkan dengan nas-nas agama dengan langkah yang salah dari segi demokrasi.

“Darurat politik ini tujuan mengambil kuasa tetapi berselindung disebalik Covid-19, alasan ini kerana Tan Sri Muhyiddin tidak cukup majoriti,” kata beliau.



Beliau berasa malu sebagai sebuah gerakan Islam dan membawa imej Islam tetapi tiba-tiba Haji Hadi dan Takiyuddin menjadi sebahagian daripada proses mendaruratkan negara.

“Adakah Islam menyokong pengisytiharan darurat sehingga memudaratkan kehidupan rakyat bukan sahaja dari segi politik tetapi dari segi cari makan, pelaburan, peluang kerja dan banyak lagi,” katanya.

Justeru, Husam berkata Pas harus tarik diri dari kerajaan yang tidak ada majoriti ini barulah imej Pas dan kedudukan Pas sedikit sebanyak dapat dipulihkan.

“Kalau Pas terus bersekongkol dengan kerajaan tidak cukup majoriti atas asalan darurat bukan sahaja di kutuk di dunia mereka akan bertanggungjawab di hari akhirat dengan begitu beban yang berat.



“Datuk Taki please consider, kalau hendak jadi menteri ini bukan caranya.

“Haji Hadi please kalau hendak jadi kerajaan pun ini bukan jalannya,” kata beliau.

Husam berkata, masih banyak lagi cara lain untuk mereka jadi pemimpin atau jadi menteri dengan cara yang bersih, terhormat dan demokratik.

“Dalam Islam kita tidak boleh curi mandat kalau hendak jadi kerajaan pun mesti melalui jalan yang bersih dan demokratik.



“Bayangkan anak muda melihat negara telah hilang kompas moral, kita terikat dengan undang-undang atau jika tidak ada undang-undang paling tidak kita terikat dengan moral kalau kita hilang moral sekali pun kita akan terikat dengan hati kecil kita.

“Bagaimana kita ada ikatan dalam hati kita untuk menolak keburukan,” katanya.

Husam menasihatkan Haji Hadi bermuhasabah dan berjumpa Muhyiddin serta memberi nasihat kepadanya dengan cara yang betul.

“Ingat Allah tidak bisu dan Allah tidak tuli,” kata beliau. MD


Sebaran :

One thought on “Nak jadi menteri bukan ini caranya’, nasihat Husam kepada Takiyuddin

  • Nak gelak baca Husam nak mengajar TG Hj Hadi dan Takiyuddin tentang jadi menteri !!! Agaknya bagi Husam kalau nak jadi menteri kena jilat tapak kaki DAP dan mesti ada sifat2 buruk macam dia.

    Reply

Leave a Reply