Lipatan Sejarah: Pengasas KMM, Ibrahim Yaakob meninggal dunia

 

PADA 9 Mac 1979, tokoh politik Melayu yang juga Presiden dan Pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ibrahim Yaakob, 65, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Cempaka Pasar Senin di Jakarta, Indonesia. Di republik tersebut, Allahyarham dikenali sebagai Drs. Iskandar Kamil.

Sebahagian besar hayat, arwah memperjuangkan kemerdekaan menerusi tulisannya yang membangkitkan semangat nasionalisme. Ibrahim aktif menulis selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim di Perak. Tulisan Ibrahim tajam dan kerap membidas dasar kolonial sehingga dipandang sebagai seteru British.



ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 9 MAC 1973
    Tragedi feri Krian yang mengorbankan 27 jiwa di Parit Buntar pada 13 September 1972 melalui penyiasatan awal di Mahkamah Rendah.
  • 9 MAC 1974
    PERNAS menubuhkan Pernas Edar Sdn. Bhd, bertujuan mengedarkan barang-barang keperluan pengguna dengan harga berpatutan.
  • 9 MAC 1974
    Batu nisan di pusara P. Ramlee dipatahkan, Saloma pula menerima ugutan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker