Kluster Mahkamah satu Naratif ciptaan – Zahida Zarik Khan

Sebaran :

Kluster Mahkamah Naratif ciptaan pihak tertentu untuk terus tanam persepsi buruk serta Fitnah pada pemimpin kita termasuk Presiden UMNO..

Sedang rakyat Malaysia malah satu dunia tahu akan pendakwaan di zaman PH bermotif membunuh musuh politik mereka.

Kita cerita pula beberapa pemimimpin UMNO terima dana politik yang sama daripada Presiden parti yang sama sebelum PRU14 lalu.

Apa jadi pada pemimpin yang kekal setia dalam UMNO?



Dan dimana pula bekas pemimpin UMNO yang pilih untuk melompat, melarikan diri?

Pelik bin ajaib, yang melompat tidak pula didakwa dan akhirnya mereka terselamat daripada termasuk dalam kumpulan ‘Kluster Mahkamah’

Hari ini Ahli Parlimen Kuala Langat umum lompat dan sokong kerajaan.

Sedang beliau bertanggungjawab pada dakwaan rasuah terhadap Setiausaha Politik nya dahulu.



Dikhabarkan ramai lagi yang akan menyusul untuk turut melompat.

Dan jangan pelik, jika mereka ini semua ada file siasatan dengan SPRM.

Yang akan jadi pelik ibarat magik, apabila ‘Kluster SPRM’ ini semua bakal suci, sesuci bayi baru lahir.

Adakah rakyat boleh terima pada politik lompat melompat,politik guna kuasa bunuh lawan dan politik guna kuasa selamatkan kawan?



Zahida Zarik Khan
Ketua Puteri UMNO Malaysia

 


Sebaran :

Leave a Reply