Beri tumpuan kepada pengundi baru – Ismail

#PRU15

Beri tumpuan kepada pengundi baru – Ismail

Jentera Barisan Nasional (BN) diminta memberi perhatian terhadap lima juta pemilih baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pengundi tidak berparti dan kumpulan pengundi muda.



“Kerana itulah, enggangement dan perjumpaan perlu diadakan dengan kumpulan muda, pengundi-pengundi baru supaya mereka bersama kita,” katanya pada majlis Majlis Soladariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Pahang di Laman Kerayong, di sini, hari ini.

Hadir pada majlis, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan kumpulan pengundi baru ini sebagai penting untuk BN menguasai semula kerajaan.

“Sebab itu saya harap kita semua sama-sama bekerja kuat bukan sahaja untuk mendapatkan pengundi putih supaya terus kekal bersama kita, tetapi juga mendapatkan sokongan daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti supaya menyokong kita.



“Insya-Allah kalau mereka sokong kita, pengundi putih kita kekalkan untuk terus sokong kita, Insya-Allah DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kita pertandingkan, Parlimen yang kita pertandingkan pasti akan dikuasai kita, BN,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengingatkan tidak ada parti yang boleh memberi jaminan kemenangan mudah bagi menguasai kerajaan seperti yang berlaku pada PRU14. MG

Beri tumpuan kepada pengundi baru – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker