UMNO perlu sedia ‘pelan B’ Jika Presiden UMNO disabitkan dengan kesalahan

 

PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kekal tidak bersalah selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Bagaimanapun mereka menggesa parti Melayu itu menyediakan “rancangan alternative” sekiranya pemimpin itu diputuskan bersalah dalam kes yang sedang berjalan di mahkamah.

Pemimpin Umno juga dinasihati supaya memaklumkan kepada ahli akar umbi sekiranya berlaku sebarang perubahan kepimpinan bagi mengelakkan kejutan pada saat akhir.

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, sehingga kini masih belum diketahui sama ada Zahid akan disabitkan bersalah atas 47 dakwaan berkaitan penggubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana dari Yayasan Akalbudi, serta dakwaan menerima rasuah menerusi pelbagai projek ketika memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri.

Ku Nan Didapati Bersalah, Masih Ada Proses Rayuan

Syed Arabi Idid.

“Kalau beliau bersalah, Tok Mat (Mohamad Hasan boleh menjadi pemangku presiden,” beliau memberitahu FMT selain menjelaskan bahawa terdapat peruntukan dalam perlembagaan parti itu yang menyebut berhubung jawatan dan peranan pemangku presiden.

Kenneth Cheng.

Mohamad atau Tok Mat merupakan timbalan presiden Umno.

Beliau berkata, walaupun Tok Mat tidak mempunyai pengalaman di peringkat (kerajaan) pusat, Umno tidak seharusnya menafikan jawatan tersebut kepada beliau.

Mengambil contoh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang tidak mempunyai pengalaman politik, namun pretasi dan kemampuannya membanggakan rakyat negara itu.

Terdahulu, FMT melaporkan bahawa MIC dan MCA mempertaruhkan Mohamad untuk memimpin Umno sebagai “pelan B” sekiranya Zahid disabitkan bersalah.

Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, Tok Mat dilihat sebagai pemimpin Melayu yang sederhana tanpa kecenderungan ke arah agenda sayap kanan orang Melayu.

Azmi Hassan.

“Nama beliau tidak tercemar dengan mana-mana pentadbiran dan tidak mempunyai beban politik,“ jelas beliau kepada FMT.

Sirul mengaku tembak, letupkan Altantuya, kata polis

Cheng berkata, pembangunan di Negeri Sembilan terbukti ketika Mohamad menjawat jawatan menteri besar.

“Ekonomi negeri itu dilaporkan berkembang dengan peningkatan sebanyak 5.2% dan 6.2% pada 2011 dan 2012.

“Tiada hal negatif yang diperkatakan mengenai beliau. Dalam erti kata lain, perjalanan politiknya lancar,” tambah Cheng.

James Chin.

Penganalisis Azmi Hassan pula berkata bukan hanya MIC dan MCA, rata-rata ahli Umno juga menyokong Tok Mat sebagai presiden parti sebagai pelan alternatif.

Beliau menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya memaklumkan kepada akar umbi tentang sebarang perubahan bagi mengelak kejutan seandainya perkara sebegini dirahsiakan.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, masa depan politik Zahid bergantung pada hubungan dekatnya dengan bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Selagi mereka bersama tanpa sebarang konflik antara keduanya, kedudukan Zahid kukuh,” tambah beliau

Annuar: Muafakat Nasional sedia hadapi ‘kejutan’ politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker