Temu bual Harry-Meghan: 'Keluarga kami bukan rasis' - Putera William — MYKMU.NET

Temu bual Harry-Meghan: ‘Keluarga kami bukan rasis’ – Putera William



Sebaran :

PEWARIS takhta Britain, Putera William menafikan keluarga diraja itu mempunyai sifat rasis atau perkauman, dalam reaksi pertamanya terhadap tuduhan Putera Harry dan isterinya, Meghan, dalam wawancara bersama Oprah, baru-baru ini.

Bercakap ketika lawatan di London timur, Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat.

Ketika lawatan di Stratford bersama isterinya, Duchess of Cambridge, Putera William sempat menjawab soalan seorang wartawan: “Adakah keluarga diraja Britain rasis?”

“Kami bukan keluarga rasis,” katanya.

Istana Buckingham pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Duke dan Duchess of Sussex itu membimbangkan dan akan ditangani secara tertutup.



Dalam satu kenyataan, istana juga memaklumkan kedua-dua mereka tetap “ahli keluarga yang sangat disayangi”.

Meghan mengeluarkan beberapa kenyataan mendakwa keluarga diraja itu bersikap rasis dengan mengemukakan beberapa bukti, antaranya anaknya Archie yang berusia setahun, dinafikan gelaran putera kerana kanak-kanak itu berketurunan kulit hitam.


Sebaran :


Leave a Reply

%d bloggers like this: