Ebit Lew Santuni Kumpulan Badut Penghibur Yang Terkesan Kerana Pandemik Covid-19

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meneruskan misi dakwahnya dengan menyantuni kumpulan badut penghibur di sekitar Ipoh, Perak tadi.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya, Ebit Lew meluahkan rasa sebak apabila mendengar cerita individu yang bekerja sebagai badut.

Katanya, golongan itu turut berkongsi kesedihan apabila hampir setahun tidak mempunyai kerja susulan penularan wabak Covid-19.



“Jiwa mereka dah sebati sebagai penghibur, gembira tengok anak kecil ketawa dan gembirakan orang lain. Setahun lebih dah tiada kerja selain dan perlu buat macam-macam kerja lain,” tulisnya.

Katanya, kakak yang duduk disebelahnya juga bekerja sebagai seorang badut dan merupakan ibu tunggal.



“Duit yang dapat dia guna untuk beri makan pada anjing dan kucing. Muka nampak muda, malah ada yang sudah berumur 50-an.

“Tadi (dia) hadir berdua dengan anaknya yang juga bekerja sebagai penghibur. Dari muda kerja cari rezeki sebagai penghibur,” katanya.

Ebit Lew turut memberi sumbangan sebanyak RM500 seorang dan sedikit barang dapur kepada kumpulan itu serta turut berdoa urusan mereka dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dan ucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana membantu golongan ini.



Badut kini terpaksa tinggal dalam kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker