Umno persoal kelewatan projek bangunan baharu Hospital Tawau



Sebaran :

TAWAU: Ketua Umno Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing meminta penjelasan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kelewatan projek pembinaan bangunan baharu Hospital Tawau yang sepatutnya siap pada Mei tahun lalu.

Katanya, projek bernilai RM223 juta yang dilancarkan pada 2017 itu gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan menyebabkan kerajaan memberi lanjutan tempoh sehingga April ini kepada kontraktor terlibat.

“JKR perlu bertanggungjawab menjelaskan punca kelewatan tersebut dan mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menyegerakan penyiapan bangunan itu demi kemudahan kesihatan rakyat Tawau.



“Bangunan baharu itu sepatutnya menaik taraf kemudahan sedia ada Hospital Tawau dan mengurangkan kesesakan kerana pelbagai kemudahan tambahan dibuat di situ,” katanya dalam kenyataan.

Ghazalie berkata, mengikut perancangan, bangunan baharu itu akan dilengkapi 154 katil termasuk 10 katil unit rawatan rapi (ICU), 30 tambahan mesin dialisis serta enam bilik bedah.

“Ketika ini jumlah pesakit di Hospital Tawau sudah berada di tahap maksimum sejak beberapa tahun lalu menyebabkan projek itu dinaik taraf, tetapi tiada tanda-tanda penyiapannya akan disegerakan.



“Saya menerima laporan bahawa pesakit dialisis yang paling terkesan kerana kemudahan mesin dialisis di bangunan lama tidak mencukupi, justeru penambahan 30 unit di bangunan baharu itu sepatutnya memberikan harapan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu.

“JKR sepatutnya tahu masalah ini dan mendesak kontraktor melakukan kerja-kerja dengan berkesan bukannya berlembut sehingga akhirnya rakyat Tawau yang menderita,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda sekarang, bangunan baharu itu sepatutnya mampu meningkatkan keupayaan pihak hospital untuk merawat pesakit.



“Rakyat Tawau tidak boleh menunggu lebih lama lagi sebelum bangunan baharu itu disiapkan kerana kemudahan kesihatan terbaik adalah perkara asas yang perlu disediakan kerajaan.

“Tiada guna kita mendengar keluh kesah rakyat, melancarkan projek be


Sebaran :


Leave a Reply