ZIZI KIRANA SIMPAN SEMUA BAJU ZAMAN JAHILIAH.
Ramai yang menyambut baik azam penyanyi Zizi Kirana yang mahu berubah ke arah lebih baik dimana dia tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto seksi di Instagram.
Gembira melihat banyak komen positif buat dirinya, Zizi berkata perubahan dirinya yang kini terlibat dengan program keagamaan bukan untuk meraih perhatian
“Alhamdulillah, akhirnya ada juga komen-komen yang positif buat saya berbanding sebelum ini banyak yang negatif. Tapi sebelum ini pun saya tak pernah ambil hati dengan komen mereka.
“Ia sudah jadi perkara biasa buat semua artis. Apa yang saya buat untuk program keagamaan itu bukan untuk meraih perhatian atau simpati mana-mana pihak,” katanya.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, apa yang dilakukannya adalah atas kehendaknya sendiri dengan niat untuk mengubah dirinya ke arah lebih baik. Zizi berkata dia juga menyimpan kesemua baju-bajunya yang seksi dalam kotak.
“Saya tetap berpegang pada ayat biarlah orang nak kata apa, yang penting niat. Jadi saya cuba melakukan apa yang difikirkan baik. Sekarang saya bermula dengan perubahan dari segi pakaian dan penampilan. Ia berjalan sedikit demi sedikit.
“Apa yang diharapkan sekarang ialah sokongan masyarakat bukannya kecaman. Saya mohon agar doakan saya berubah sepenuhnya nanti,” tuturnya. Saya tidaklah sampai buang terus pakaian-pakaian ini. Cuma ia dimasukkan dalam kotak dan diletakkan di tempat lain.
“Saya tak rancang pun lagi untuk bagi pada sesiapa. Hanya simpan dulu dan tak nak pakai lagi. Tak dinafikan perasaan kini lega kerana ramai pihak yang makin positif terhadap saya,” ujarnya.
Sabar, saya akan buang gambar seksi satu persatu – Zizi Kirana