Indonesia haramkan pembuatan minuman keras beralkohol

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menarik balik industri pembuatan alkohol daripada senarai pelaburan berpotensi negara itu berikutan bantahan kumpulan agama di negara majoriti Islam itu.

Sebelum ini, di bawah Perundangan Mewujudkan Pekerjaan 2020 atau Perpres no. 10/2021 yang ditandatangani beliau pada 2 Februari lalu, Indonesia membuka pelaburan industri pembuatan alkohol di republik itu.

Tindakan itu membuka kembali pelaburan tempatan dan luar negara dalam industri itu terutama di Bali, Papua, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi, yang sebelum ini adalah sektor tertutup.



Bagaimanapun, kumpulan Islam terbesar lagi berpengaruh di Indonesia menolak dan mengecam Perpres no. 10/2021 itu kerana penerimaan industri alkohol mencemarkan imej Indonesia di mata dunia Islam.

Jokowi, pada satu sidang media semalam, berkata beliau memansuhkan keputusan itu selepas menerima maklum balas ulama, Majlis Ulama Indonesia (MUI), Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan beberapa pertubuhan lagi.

DBKL larang jual minuman keras di kedai runcit & serbaneka mulai Oktober 2021



“Maka dengan itu, saya umumkan bahawa keputusan membuka pelaburan baharu dalam industri pembuatan minuman beralkohol di Indonesia dimansuhkan,” katanya.

NU, yang juga pertubuhan Islam terbesar di dunia, sebelum ini menyuarakan kekhuatiran keputusan Perpres no. 10/2021 akan mengakibatkan amalan meminum arak berleluasa di Indonesia sehingga merosakkan golongan muda.

Meminum alkohol dibenarkan di republik itu bagi individu berusia lebih 21 tahun kecuali di Aceh, yang melaksanakan undang-undang Syariah dan mengharamkan minuman beralkohol sama sekali. – AGENSI

 



https://mykmu.net/2017/01/21/rahman-dahlan-ingatkan-tun-mahathir-lanskap-ekonomi-dunia-sudah-berubah/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker