PUNB sedia skim pembiayaan untuk individu dibuang kerja


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan skim pembiayaan usahawan berjumlah sehingga RM50,000 kepada individu dan pekerja yang diberhentikan majikan kerana wabak Covid-19.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, mereka berminat dan layak boleh membuat permohonan dengan menampilkan dokumen sokongan sebagai bukti diberhentikan kerja.

Jelas beliau, skim itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta sehingga habis digunakan tanpa jumlah sasaran usahawan.

“Mereka yang berminat termasuk syarikat baharu boleh membuat permohonan bermula hari ini. Menerusi skim ini, saya telah membuat permohonan peruntukan kepada Menteri Kewangan sebanyak RM100 juta.

“Untuk permulaan kita akan menggunakan peruntukan PUNB dahulu dan skim ini juga telah dipersetujui oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam membantu mengembangkan perniagaan usahawan Bumiputera dan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang.

Kerjasama itu melibatkan permeteraian MoU dengan tujuh agensi di bawah kementerian iaitu UDA Holdings Berhad, SME Corp Malaysia, SME Bank, Bank Rakyat, TEKUN Nasional, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). MG

PUNB tangguh pembiayaan tiga bulan lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker