Pelabur asing lupus RM477.5 juta minggu lalu
KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM477.5 juta ekuiti tempatan pada akhir minggu bulan lalu berbanding RM466.4 juta pada minggu sebelumnya.
Ketika pasaran dibuka pada hari Isnin, pelabur asing menjual sebanyak RM225.46 juta ekuiti tempatan tetapi pelabur runcit dan institusi pula membeli sebanyak RM194.06 juta dan RM31.40 juta.
Meskipun pelaksanaan program vaksinasi Pfizer-BioNTech di Malaysia, pasaran masih menyaksikan aliran keluar pelabur asing setiap hari minggu lalu kecuali hari Kjamis.
MIDF Research berkata, aliran masuk tidak mencukupi untuk membalikkan momentum negatif.
Aliran keluar terbesar asing dicatatkan pada hari Isnin sebanyak RM225.46 dan aliran keluar terkecil berterusan pada Jumaat berjumlah RM80.11 juta.
Berbeza dengan pelabur runcit yang merupakan pembeli bersih setiap hari minggu lalu dengan belian bersih dicatatkan pada hari Rabu sebanyak RM274.05 juta dan pembelian bersih terkecil pada hari Khamis kepada RM90.88 juta.
Sementara itu, institusi tempatan menjadi penjual bersih setiap hari dalam seminggu, kecuali pada Isnin.
Firma penyelidikan itu berkata, aliran keluar terbesar berlaku Khamis kepada RM235.35 juta pada dagangan minggu lalu dan aliran keluar terkecil adalah pada hari Selasa kepada RM29.31 juta.
Sejak awal 2021, secara kumulatif pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih dalam pasaran pasaran ekuiti dengan jumlah RM3.75 bilion.
Manakala institus tempatan dan pelabur asing pula menjadi penjual, masing-masing sebanyak RM2.05 bilion dan RM0.42 bilion.
Sebagai perbandingan dengan tiga negara Asia Tenggara, Indonesia adalah satu-satunya negara yang mencatat aliran masuk bersih minggu lalu. MG