Mahkamah Persekutuan putuskan Nurul Izzah, PKR tak fitnah NFC
Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan PKR tidak bersalah memfitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya.
Dalam keputusan sebulat suara pagi ini, tiga panel hakim mahkamah tertinggi itu sebulat suara menolak rayuan NFCorp dan Mohamad Salleh Ismail.
Mahkamah juga memerintahkan syarikat itu dan Salleh membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Nurul Izzah dan PKR.
Syarikat itu dan Salleh sebelum ini menyaman Nurul Izzah dan PKR kerana memfitnahnya dalam sidang media yang diadakan ahli parlimen PKR itu di parlimen pada tahun 2012.