Jakim sedia perkasa undang-undang jenayah syariah selepas keputusan ‘seks luar tabii’

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menambah baik undang-undang syariah, khususnya berkaitan kesalahan jenayah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, langkah itu diambil berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah tidak sah dan tidak berperlembagaan pada Khamis lepas.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang Jakim bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung kesan dan implikasi perundangan yang berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.



“Jawatankuasa tersebut akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan dan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia,’’ katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam di negara ini diminta menghormati penghakiman itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Kes luar tabii: Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan



Masyarakat juga, kata beliau, perlu bertenang dan tidak memberikan kenyataan atau pandangan yang boleh menimbulkan suasana tidak sihat serta menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

“Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan berusaha mengubah diri, keluarga dan masyarakat ke arah lebih baik, bagi memaknai erti sebenar etika dan moral berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berdoa kepada Allah agar kita diteguhkan dan terus bersatu dalam melaksanakan segala perintah-Nya.”

Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, panel sembilan hakim itu sebulat suara membenarkan permohonan seorang lelaki yang mencabar Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.



Peruntukan itu menetapkan adalah satu kesalahan jenayah bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii.

Lelaki itu menghadapi tuduhan berkaitan seksyen berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Keputusan Mahkamah Persekutuan cetus lebih banyak kekeliruan – Tok Mat Hasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker