Pemandu Bas Ekspres Positif Covid-19

Sepang: Pemandu bas ekspres membawa pesakit Covid-19 yang merempuh Plaza Tol UPM, Serdang, dekat sini, hari ini, didapati positif virus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ujian saringan Covid-19 mendapati lelaki berusia 41 tahun itu positif virus berkenaan.

[VIDEO] Bas ekspres bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol



Beliau berkata, ujian saringan kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Katanya, bas ekspres terbabit dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps 2.0 sebelum terbabas sendiri melanggar Plaza Tol UPM.

“Bas ekspres itu terbabas dan melanggar struktur Plaza Tol UPM menyebabkan kenderaan itu pecah cermin hadapan, bumper, pintu bahagian pemandu dan lain-lain kerosakan belum dapat dipastikan.



“Siasatan mendapati bas itu membawa pesakit Covid-19 dari Kluster Changkat Jong ke Maeps. Terdapat lapan bas lain yang turut serta membawa pesakit dengan seramai 40 penumpang di dalamnya,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke Plaza Tol UPM di lorong Touch & Go.

“Pemandu bersama lapan penumpang mengalami kecederaan ringan dan sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami luka di kaki,” katanya.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, portal MyMetro melaporkan enam pesakit Covid-19 mengalami kecederaan ringan selepas bas ekspres membawa mereka terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker