Ada pihak cuba bawa MP pembangkang keluar parti – Saifuddin

Terdapat cubaan untuk membawa ahli Parlimen dalam kalangan pembangkang keluar parti, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mendakwa, usaha itu dibuat menerusi ugutan berkaitan isu cukai pendapatan, siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau melalui tawaran projek termasuklah jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Keadilan mengambil maklum bahawa wujud langkah-langkah terancang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang termasuk dalam kalangan Keadilan.

“Hal ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada hilang sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu Darurat berkuatkuasa,” katanya menerusi kenyataan.

Mengecam tindakan berkenaan, Saifuddin menyeru semua Ahli Parlimen PKR supaya setia dengan parti itu dan berpegang dengan perjuangan reformasi.

“Maka Keadilan mengecam langkah terdesak untuk membuatkan Ahli-Ahli Parlimen Keadilan keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan dan habuan.

“Ahli-ahli Parlimen Keadilan harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat Reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak,” tambah beliau.-MG

Tiada perjanjian Dr. Mahathir sebagai PM hanya dua tahun – Saifuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker